Hala Tuju Jabatan Teknologi Pendidikan

 

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) mengendalikan kursus berkaitan bidang Teknologi Pendidikan untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP ialah Kursus Bidang Generik, iaitu Kursus Kemahiran Belajar dan Asas Pembelajaran Digital Manakala bagi pelajar PISMP, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Asas Pendidikan, iaitu Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Elektif Terbuka Penerbitan Video dan Elektif Terbuka Fotografi. Bagi program PDPP pula, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bidang Asas Pendidikan, iaitu Teknologi dan Media Pengajaran. Matlamat JTP adalah untuk melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan Teknologi dan Media. JTP sentiasa komited untuk membina kecemerlangan, penyelidikan dan inovasi yang cemerlang melalui pengendalian kursus-kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme. JTP juga sentiasa berusaha menyokong transformasi peningkatan kualiti pensyarah, peningkatan kualiti pelajar dan pemantapan pembangunan profesional keguruan seperti yang termaktub dalam kluster inisiatif tranformasi IPGM.

FUNGSI JABATAN

Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan e-Pembelajaran. Memberikan pengalaman teori dan praktikal kepada warga pendidik tentang ilmu berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan aplikasi media pengajaran terkini dalam pendidikan.

0 comments:

Post a Comment