Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya maka Portal
Jabatan Teknologi Pendidikan dapat dibangunkan hasil daripada perancangan
yang jitu dan disokong pula oleh warga kerja yang amat komited dan berintegriti. Terima
kasih kerana melayari Portal Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pulau
Pinang. Portal ini dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi wahana,
khususnya kepada pelajar guru untuk mengakses maklumat
berkaitan dengan program dan aktiviti Jabatan Teknologi Pendiidkan yang akan
dan telah dijalankan. Selain itu, juga untuk memudahkan
para pelajar guru untuk mendapatkan pelbagai bahan dan nota
kuliah yang diperlukan. Portal ini juga dapat
memberikan maklumat tentang pengoperasian Jabatan Teknologi
Pendidikan dalam membantu pentadbiran IPG Kampus Pulau Pinang dan IPGM dalam
memberikan latihan pendidikan yang berkualiti.
0 comments:
Post a Comment